Ahad, 14 November 2010

BAGAIMANA BINA RUMAH KEDIAMAN DI ATAS TANAH SENDIRI/KOSONG


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Rasa-rasanya dah lama aku tak update posting sejak September lalu. Bukan masalah takde isu yang hendak diutarakan. Faktor kesibukan menyebabkan aku tak kelapangan untuk menulis.
Kalau diikutkan banyak posting yang ingin dikongsi dalam blog ini. Bidang hartanah dan pembinaan merupakan bidang yang sangat kompleks dan sukar nak difahami oleh orang biasa kerana ia memerlukan pengetahuan teknikal. Kalau tahu sikit-sikit tu kira bonus. Oleh yang demikian, aku akan cuba memberikan maklumat yang mudah difahami dan dipraktikkan.

Membina rumah kediaman di atas tanah sendiri merupakan impian setiap individu. Kalau diikutkan dari segi kos memang lebih jimat berbanding membeli rumah kediaman yang telah siap. Akan tetapi, masih ramai yang tidak mengetahui selok-belok dalam merancang kediaman jenis ini. kebanyakkannya akan menyerahkannya bulat-bulat kepada arkitek dan kontraktor. Apa yang mereka tahu ialah 'basuh kaki' dan tak perlu pening kepala. Perlu diingatkan bahawa bukan semua arkitek dan kontraktor itu 'pro' sangat semua perkara berkenaan dalam kategori pembinaan jenis ini. Jika anda menggunakan khidmat arkitek dan kontraktor yang dimaksudkan kelak banyak masalah akan timbul di kemudian hari. Masalah yang kecil mungkin akan menjadi besar dan ini akan mengikis wang poket anda sedikit demi sedikit.

7 persediaan yang perlu diketahui oleh anda untuk memudahkan berurusan dengan arkitek/kontraktor:

Geran Tanah

Yang ni mesti wajib. Cakap banyak macam 'pro' pun tak guna kalau takde benda ni. Geran perlu disediakan untuk mengenalpasti status tanah tersebut sama ada pegangan bebas/pajakan/ rizab melayu. Kategori tanah contohnya; pertanian/bangunan/komersial. Selain itu, anda juga perlu memastikan tiada apa-apa sekatan kepentingan dalam geran tersebut. Jika terdapat sekatan kepentingan contohnya tanah tersebut adalah untuk kegunaan dusun, dalam hal ini, anda perlu menggunakan khidmat peguam untuk menukar status tanah berkenaan di Pejabat Tanah dan Galian Negeri. Keluasan tanah juga perlu diambilkira dalam menentukan saiz kediaman baru anda. Sebagai contoh, bagi tanah yang mempunyai saiz bukaan kecil iaitu lebar 50 kaki dan panjang 60 kaki. Maka, lebar dan panjang bangunan tersebut adalah 30 kaki X 30 kaki.

Cukai Tanah

Pastikan bayar setiap tahun. Ada kes cukai tanah yang tertunggak bertahun-tahun sampai anak dah masuk darjah 1. Nasib baik pegawai daerah selalu pergi bulan madu. Kalau pejabat tanah tu jadi macam agensi swasta, alamat tak berhartalah jawabnya.

Pelan Lakaran Rumah

Bab ni menuntut anda suspaya jadi pelukis handalan.. he..he..he.. gurau aje. Tak payah lukis cun-melecun. Asal nampak susunatur dan saiz ukuran pun jadilah. Lazimnya, arkitek akan kasi beberapa 'sample' sebagai rujukan pelanggan.

Keadaan Tanah

Ceritalah serba ringkas pasal keadaan tanah berkenaan sama ada tanah rata, berbukit, hutan, tanah potong dan tanah tambun. Kalau kawasan tu semak samun, anda perlu membersihkan sendiri tanah dengan duit poket anda sendiri. Kontraktor cuma sediakan rumah sahaja. Kalau tanah tu jenis tanah tambun, perlu nyatakan bila tanah tu ditambun. Biasanya, 5-6 tahun ke atas selepas tambun tak perlu kerja-kerja cerucuk (piling).

Persekitaran Kawasan

Perlu nyatakan kemudahan yang terdapat di kawasan tersebut seperti bekalan air dan elektrik, sistem saliran, kedai, masjid dan sebagainya. Keadaan jiran-jiran sebelah perlu dinyatakan sekali. Terdapat segelintir jiran yang berasa kurang senang dengan kerja-kerja pembinaan di kawasan mereka. Mungkin mereka bimbang diganggu oleh pekerja asing lebih-lebih lagi bagi
keluarga yang ada anak dara.

Spesifikasi

Tak ramai pelanggan yang bertanya bab ni. Untuk nampak lebih 'pro', soalan mengenai spesifikasi mesti ditanya kepada kontraktor. Ramai di antara pelanggan merungut pasal spesifikasi yang mungkin 'tak padan' dengan bajet mereka. Akibatnya, wujud konflik antara kontraktor dan pelanggan. Kontraktor menganggap kerja mereka betul manakala pelanggan tak berpuas hati dengan apa yang disediakan oleh kontraktor. Untuk bab Spesifikasi ni, nanti aku jelaskan dengan terperinci dalam posting yang akan datang.

Bajet Kewangan

Perlu ambil perhatian bahawa bajet akan menentukan rupa rekabentuk dan spesifikasi rumah anda. Biasanya, arkitek/kontraktor akan membuat anggaran harga berdasarkan keluasan sesebuah rumah. Macam beli komputer. Kalau setakat nak buat kerja MS Word tak perlulah bajet sampai RM2500 ke atas.

Khamis, 9 September 2010

DATANG KE SINI UNTUK BEKERJA, BUKANNYA JADI TAUKEH!


Kontraktor kecil asing ancam rezeki kontraktor M'sia - Malaysiakini

Ramai pekerja pembinaan asing kini melakukan kerja-kerja pembinaan dan pengubahsuaian kecil yang mengancam sumber pendapatan kontraktor tempatan yang sah kerana mereka mengenakan harga yang rendah, kata Persatuan Pemborong Binaan Malaysia (MBAM).

Para pekerja asing itu kebiasaannya diambil melalui syarikat kecil yang sukar dilakukan pemantauan, kata persatuan itu dalam satu kenyataan hari ini.

“Banyak masalah muncul apabila banyak aduan diterima mengenai kerja-kerja yang tidak sempurna, yang sekali gus memburukkan imej kontraktor kecil dan pakar pengubahsuaian yang sah,” katanya.

Terdapat juga kebimbangan bahawa para pekerja berkenaan, yang kebanyakannya terdiri daripada rakyat Indonesia, boleh menggantikan kontraktor kecil tempatan kerana mereka memberikan saingan serius kepada kontraktor Malaysia yang terlibat dalam perniagaan itu.

- Bernam
a

Isu ni isu lama. Kos murah menyebabkan pelanggan blah kat diorang. Kebanyakan yang menjalankan "bisnes pancung" ni mempunyai status penduduk tetap dan i.c. merah serta memang tak sedar diri cari makan kat negara orang lain! Kalau diikutkan pada hasil kerja diorang ini taklah sehebat mana pun dan boleh dikatakan "hampeh". Asal-usulnya, sebelum diorang jadi taukeh, kena jadi kuli dulu. dah lama kerja, ada mahir sikit bolehlah pijak kepala taukeh! Tapi diorang semua ada kelemahan hakiki seperti contoh buat kerja boleh tapi tak tau berfikir, tak tau teknikal, tak reti baca pelan dan yang sedihnya tak tau mengukur! Aku dah ada pengalaman dengan diorang ni. Cakap memang takbur nak mampos. Semuanya bisa diatur. Tapi bila suruh buat kotak acuan (formwork), jalan ke hulu ke hilir kat sekitar tapak jaga tepi kain orang! Cadangan aku kalau nampak kerja-kerja ubahsuai yang melibat orang asing cubalah siasat rekod diorang samada halal atau haram. Kalau report kat Pihak Berkuasa Tempatan belum tentu pegawai penguatkuasa nak ambik tindakan pasal belum lagi dikuatkuasakan undang-undang. Aku pun tak tau biler. Setakat ni hanya CIDB jer yang boleh memantau. Larat ke?

Rabu, 1 September 2010

TENDER PROJEK BERKURANGAN? BOLEH CARI MAKAN KE?


Sejak kebelakangan ni, tender bagi projek-projek kerajaan dah makin 'kurang lebat' disiarkan dalam suratkhabar mutakhir ni. Bagi aku, fenomena ni dah jadi kelaziman buat kontraktor-kontraktor di luar sana. Kepada mereka yang 'lebat projek', mungkin tak terasa. Tetapi kepada yang baru nak menjinakkan diri ke dalam alam ini mungkin terasa perit dan terpaksa bersaing dengan ramai kontraktor lain. Apa yang tak peritnya, baru-baru ni aku telah menghadiri taklimat lawatan tapak (Tender Semula) di Sekolah Menengah Agama Simpang Pelangai, Bentong. Cuba bayangkan satu projek bangunan blok tambahan 4 tingkat dihadiri seramai lebih 80 pemborong dari seluruh negara! Sesiapa yang berjaya dapat projek tu kira jadi orang yang hebatlah. Tetapi aku kurang percaya dengan ketelusan sistem penilaian tender. Sebab tu aku tak heran kalau Si Kontraktor C berjaya memperolehi projek tersebut. Atas kertas nampak cantik tapi bila masuk peringkat perlaksanaan amatlah mengecewakan. Bukan semua kontraktor begitu tetapi sesetengah daripadanya.
Selain itu, aku dapat gambaran bahawa punca projek berkurangan mungkin berkait rapat keadaan ekonomi yang masih lagi gawat ketika ini. Kadar inflasi makin tinggi. Apabila kadar inflasi tinggi, nilai sesuatu projek juga menjadi tinggi. Sebagai contoh, projek bernilai RM1.8juta dijalankan oleh kontraktor yang mempunyai lesen kelas D pada tahun 2010. Adakah nilai RM1.8juta ini boleh dilaksanakan oleh kontraktor kelas D pada tahun 2015? Yang menjadi kerisauan kepada puluhan ribu kontraktor di luar sana ialah bolehkah mereka 'survive' dalam bidang yang berisiko tinggi ini? Pendekkata rezeki Allah SWT bagi. Tapi kena usahalah. Pada pendapat aku, pelan B mesti ada untuk kecemasan. Kalau tak, korang faham-faham sendiri ler...

Selasa, 17 Ogos 2010

SISTEM PASANG SIAP: MENGAPA RAMAI PELANGGAN TAK SUKA?


Sistem pasang siap atau IBS ni sebenarnya dah lama dipraktikkan oleh negara-negara maju. Sejarahnya dah bermula sejak abad ke-18 lagi. Kat Malaysia, benda ni bukan perkara baru. Bangunan yang mula-mula sekali pakai sistem ini ialah Flat Pekeliling Kuala Lumpur yang dah ditegakkan sekitar tahun 1960'an. Ramai orang tak sedar bahawa penggunaan sistem ini merupakan satu kebanggaan negara pada masa itu. Apa yang mereka tau bila rumah dah siap apa lagi, basuh kaki aje la. Bagi yang tak faham pasal sistem IBS ni senang je. Pergi kedai mainan cari Lego. Hah! Itulah jawapannya. Aku nak bicara pasal teknikal nanti korang tak faham bahasa Latin pulak. Oleh itu, aku cerita benda yang simple terbaik dari ladang.

Yang menjadi isu sekarang kenapa masih ramai orang tak gemar pakai sistem mudah ini? Kalau di kaji pada sudut kos memang ia agak mahal tetapi berbaloi dari segi masa. Sistem ini mungkin menguntungkan kontraktor kelas besar sebab banyak penjimatan. Bagi kontraktor kecil macam aku ni untung pun taklah seberapa apatah lagi guna cara tradisional. Bagi aku, sepatutnya sistem IBS patut dikurangkan lagi kosnya kalau nak tarik minat orang ramai khususnya projek berskala kecil. Inilah yang menjadi sebab kenapa ramai orang tak minat sistem pasang siap. Kalau aku diberi pilihan dah tentu aku pilih sistem tradisional walaupun kos buat rumah cara IBS lebih kurang sama dengan cara tradisional!

Aku berpendapat kerajaan patut buat kajian lebih mendalam bagaimana nak guna sistem pasang siap ni secara menyeluruh dan dalam pada yang sama ia lebih murah daripada sistem tradisional. Aku pun dah tak larat lagi nak membela budak-budak Indon ni. Hari Jumaat dah kasi pinjam duit. Yang buat aku mengamuk tu hari Isnin diorang mintak lagi!! !@!!$%^&*(

Isnin, 16 Ogos 2010

SALAM RAMADHAN


Ramadhan bulan pesta ibadah,

Di bulan yang mulia ini, marilah kita panjatkan kesyukuran kita kepada Allah SWT dan nabi junjungannya Muhammad SAW. Semoga Ramadhan kali ini memberikan kita keinsafan dan melaksanakannya lebih baik pada tahun ini, InsyaAllah.

Sektor pembinaan adalah sektor yang paling mencabar sekali setiap kali menjelang Ramadhan. Kenapa saya berkata begitu? Ini kerana ia melibatkan aktiviti kerja berat di bawah panas terik matahari. Selain bekerja di kawasan yang terbuka, kawasan yang tertutup tidak terkecuali daripada menerima cabaran sebegini. Mereka terpaksa makan untuk dapatkan tenaga.

Sepanjang pengalaman saya, pada kelazimannya mereka (pekerja muslim) menjalani ibadah puasa pada peringkat awal Ramadhan. Apabila masuk hari ketiga puasa, barulah mereka "kantoi" akhirnya. Dalam Islam ada kelonggaran yang diberikan. Tetapi, mereka mestilah menggantikan puasa yang tertinggal tersebut. Jikalau tidak berupaya, maka hendaklah mereka memberi makan kepada orang-orang fakir miskin.

Begitulah catatan serba ringkas pada hari ini. Ramadhan membawa rahmat. Amin.