Ahad, 14 November 2010

BAGAIMANA BINA RUMAH KEDIAMAN DI ATAS TANAH SENDIRI/KOSONG


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Rasa-rasanya dah lama aku tak update posting sejak September lalu. Bukan masalah takde isu yang hendak diutarakan. Faktor kesibukan menyebabkan aku tak kelapangan untuk menulis.
Kalau diikutkan banyak posting yang ingin dikongsi dalam blog ini. Bidang hartanah dan pembinaan merupakan bidang yang sangat kompleks dan sukar nak difahami oleh orang biasa kerana ia memerlukan pengetahuan teknikal. Kalau tahu sikit-sikit tu kira bonus. Oleh yang demikian, aku akan cuba memberikan maklumat yang mudah difahami dan dipraktikkan.

Membina rumah kediaman di atas tanah sendiri merupakan impian setiap individu. Kalau diikutkan dari segi kos memang lebih jimat berbanding membeli rumah kediaman yang telah siap. Akan tetapi, masih ramai yang tidak mengetahui selok-belok dalam merancang kediaman jenis ini. kebanyakkannya akan menyerahkannya bulat-bulat kepada arkitek dan kontraktor. Apa yang mereka tahu ialah 'basuh kaki' dan tak perlu pening kepala. Perlu diingatkan bahawa bukan semua arkitek dan kontraktor itu 'pro' sangat semua perkara berkenaan dalam kategori pembinaan jenis ini. Jika anda menggunakan khidmat arkitek dan kontraktor yang dimaksudkan kelak banyak masalah akan timbul di kemudian hari. Masalah yang kecil mungkin akan menjadi besar dan ini akan mengikis wang poket anda sedikit demi sedikit.

7 persediaan yang perlu diketahui oleh anda untuk memudahkan berurusan dengan arkitek/kontraktor:

Geran Tanah

Yang ni mesti wajib. Cakap banyak macam 'pro' pun tak guna kalau takde benda ni. Geran perlu disediakan untuk mengenalpasti status tanah tersebut sama ada pegangan bebas/pajakan/ rizab melayu. Kategori tanah contohnya; pertanian/bangunan/komersial. Selain itu, anda juga perlu memastikan tiada apa-apa sekatan kepentingan dalam geran tersebut. Jika terdapat sekatan kepentingan contohnya tanah tersebut adalah untuk kegunaan dusun, dalam hal ini, anda perlu menggunakan khidmat peguam untuk menukar status tanah berkenaan di Pejabat Tanah dan Galian Negeri. Keluasan tanah juga perlu diambilkira dalam menentukan saiz kediaman baru anda. Sebagai contoh, bagi tanah yang mempunyai saiz bukaan kecil iaitu lebar 50 kaki dan panjang 60 kaki. Maka, lebar dan panjang bangunan tersebut adalah 30 kaki X 30 kaki.

Cukai Tanah

Pastikan bayar setiap tahun. Ada kes cukai tanah yang tertunggak bertahun-tahun sampai anak dah masuk darjah 1. Nasib baik pegawai daerah selalu pergi bulan madu. Kalau pejabat tanah tu jadi macam agensi swasta, alamat tak berhartalah jawabnya.

Pelan Lakaran Rumah

Bab ni menuntut anda suspaya jadi pelukis handalan.. he..he..he.. gurau aje. Tak payah lukis cun-melecun. Asal nampak susunatur dan saiz ukuran pun jadilah. Lazimnya, arkitek akan kasi beberapa 'sample' sebagai rujukan pelanggan.

Keadaan Tanah

Ceritalah serba ringkas pasal keadaan tanah berkenaan sama ada tanah rata, berbukit, hutan, tanah potong dan tanah tambun. Kalau kawasan tu semak samun, anda perlu membersihkan sendiri tanah dengan duit poket anda sendiri. Kontraktor cuma sediakan rumah sahaja. Kalau tanah tu jenis tanah tambun, perlu nyatakan bila tanah tu ditambun. Biasanya, 5-6 tahun ke atas selepas tambun tak perlu kerja-kerja cerucuk (piling).

Persekitaran Kawasan

Perlu nyatakan kemudahan yang terdapat di kawasan tersebut seperti bekalan air dan elektrik, sistem saliran, kedai, masjid dan sebagainya. Keadaan jiran-jiran sebelah perlu dinyatakan sekali. Terdapat segelintir jiran yang berasa kurang senang dengan kerja-kerja pembinaan di kawasan mereka. Mungkin mereka bimbang diganggu oleh pekerja asing lebih-lebih lagi bagi
keluarga yang ada anak dara.

Spesifikasi

Tak ramai pelanggan yang bertanya bab ni. Untuk nampak lebih 'pro', soalan mengenai spesifikasi mesti ditanya kepada kontraktor. Ramai di antara pelanggan merungut pasal spesifikasi yang mungkin 'tak padan' dengan bajet mereka. Akibatnya, wujud konflik antara kontraktor dan pelanggan. Kontraktor menganggap kerja mereka betul manakala pelanggan tak berpuas hati dengan apa yang disediakan oleh kontraktor. Untuk bab Spesifikasi ni, nanti aku jelaskan dengan terperinci dalam posting yang akan datang.

Bajet Kewangan

Perlu ambil perhatian bahawa bajet akan menentukan rupa rekabentuk dan spesifikasi rumah anda. Biasanya, arkitek/kontraktor akan membuat anggaran harga berdasarkan keluasan sesebuah rumah. Macam beli komputer. Kalau setakat nak buat kerja MS Word tak perlulah bajet sampai RM2500 ke atas.

5 ulasan:

M Farzzezin zenin bden berkata...

Salam, Bro Update lah blog ni lagi, bukan selalu nak tengok kontraktor melayu buat blog. boleh meningkatkan kefahaman orang ramai. Peace..

Tanpa Nama berkata...

teriamkasih kerana share info ini. dapatlah juga buka mata n minta tentang apa yg perlu dibuat sebelum buat rumah...tak lah nanti rumah siap pahat berbunyi...
keh..keh..

fir berkata...

Assalamualaikum dan salam sejahtera. .perkhidmatan arkitek dan perkhidmatan melukis pelan untuk mendapatkan kelulusan mpkj / mpaj / mbsa boleh call saya 0122490113 - fir

Aqilah Aziz berkata...

Assalamualaikum. Nak tanya, ibu saya memiliki sebuah rumah kampung yang agak lama. Bahagian lantai rumah tersebut mulai reput akibat dimakan dek anai-anai. Persoalannya sekarang, bolehkah lantai rumah tersebut ditukar dengan lantai simen tapi dalam masa yang sama bahagian rumah yang lain masih dikekalkan. Itu sahaja. Terima kasih.

Tanpa Nama berkata...

Kalau tanah atas nama pasangan mcmane ye,help me