Rabu, 1 September 2010

TENDER PROJEK BERKURANGAN? BOLEH CARI MAKAN KE?


Sejak kebelakangan ni, tender bagi projek-projek kerajaan dah makin 'kurang lebat' disiarkan dalam suratkhabar mutakhir ni. Bagi aku, fenomena ni dah jadi kelaziman buat kontraktor-kontraktor di luar sana. Kepada mereka yang 'lebat projek', mungkin tak terasa. Tetapi kepada yang baru nak menjinakkan diri ke dalam alam ini mungkin terasa perit dan terpaksa bersaing dengan ramai kontraktor lain. Apa yang tak peritnya, baru-baru ni aku telah menghadiri taklimat lawatan tapak (Tender Semula) di Sekolah Menengah Agama Simpang Pelangai, Bentong. Cuba bayangkan satu projek bangunan blok tambahan 4 tingkat dihadiri seramai lebih 80 pemborong dari seluruh negara! Sesiapa yang berjaya dapat projek tu kira jadi orang yang hebatlah. Tetapi aku kurang percaya dengan ketelusan sistem penilaian tender. Sebab tu aku tak heran kalau Si Kontraktor C berjaya memperolehi projek tersebut. Atas kertas nampak cantik tapi bila masuk peringkat perlaksanaan amatlah mengecewakan. Bukan semua kontraktor begitu tetapi sesetengah daripadanya.
Selain itu, aku dapat gambaran bahawa punca projek berkurangan mungkin berkait rapat keadaan ekonomi yang masih lagi gawat ketika ini. Kadar inflasi makin tinggi. Apabila kadar inflasi tinggi, nilai sesuatu projek juga menjadi tinggi. Sebagai contoh, projek bernilai RM1.8juta dijalankan oleh kontraktor yang mempunyai lesen kelas D pada tahun 2010. Adakah nilai RM1.8juta ini boleh dilaksanakan oleh kontraktor kelas D pada tahun 2015? Yang menjadi kerisauan kepada puluhan ribu kontraktor di luar sana ialah bolehkah mereka 'survive' dalam bidang yang berisiko tinggi ini? Pendekkata rezeki Allah SWT bagi. Tapi kena usahalah. Pada pendapat aku, pelan B mesti ada untuk kecemasan. Kalau tak, korang faham-faham sendiri ler...